Ada seorang
sahabat yang sangat mencintai sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam telah bertanya
kepada saya tentang cara pemakaian cincin menurut sunnah Baginda sallallahu
alaihi wasallam. Saya tidak ingin menjawab dengan pandangan saya yang sangat
faqir di dalam ilmu, namun saya akan memberikan jawapan yang telah diberikan
oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuti rahimahullah dan para ulama yang lain.
Jawapan daripada para ulama ini akan saya ringkaskan agar mudah difahami oleh
para pembaca. Ada beberapa perkara yang akan terlintas di dalam persoalan
berkaitan cincin : 1. Adakah terdapat berat yang khusus untuk memakai cincin?
2. Adakah kita boleh mengambil segala jenis logam untuk dijadikan cincin
seperti tembaga, besi dan lain-lain? 3. Adakah harus bagi kita memakai lebih
daripada satu cincin perak di tangan bagi lelaki? 4. Adakah cincin yang dipakai
oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam mempunyai batu? Apakah jenis batunya?
5. Di jari manakah Baginda sallallahu alaihi wasallam memakai cincin , kanan
atau kiri? Dan bagaimana pula keadaan batu cincin Baginda sallallahu alaihi
wasallam, samada dipusingkan ke tapak tangan atau tidak? Ini antara soalan yang
terlintas di dalam pemikiran kita. Sekarang kita lihat pula bagaimana para
ulama memberikan jawapan bagi permasalahan ini. Jawapan yang akan saya
kemukakan adalah menurut turutan soalan di atas. Di harap para pembaca
mengambil perhatian terhadap perkara ini. jawaban berat cincin
@ Para ulama
berbeza pandangan di dalam permasalahan berat cincin yang dibenarkan. Al-Imam
Haskafi rahimahullah, ulama bermazhab Abu Hanifah mengatakan bahawa sesebuah cincin
tidak boleh melebihi berat satu Mithqal yang bersamaan 4.680 gram. Al-Imam Ibn
Abidin yang merupakan ulama bermazhab Abu Hanifah juga merajihkan pandangan
pengarang kitab al-Zhaqirah bahawa berat yang dibenarkan hanya satu Mithqal.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar